dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Mahir Masak Intake 3: Modul 1 Pengenalan

17 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2026, seorang peserta telah mengikuti Kelas Mahir Masak Intake 3 yang diadakan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet. Peserta mengikuti sesi kelas ini dari NADI Sungai Bandung. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai modul pembelajaran masakan serta penggunaan sistem LMS Mahir untuk mengakses bahan dan topik pembelajaran sepanjang kelas.

Sepanjang sesi kelas, peserta didedahkan kepada cara menggunakan LMS Mahir, termasuk navigasi modul, menonton video demonstrasi dan menyertai aktiviti interaktif. Penceramah turut memperkenalkan topik-topik yang akan diajar sepanjang kelas, antaranya teknik asas memasak, penggunaan bahan dan perkakas, serta langkah-langkah keselamatan dan kebersihan dapur.

Selain itu, peserta turut terlibat dalam sesi soal jawab ringkas bagi meningkatkan kefahaman terhadap penggunaan LMS Mahir dan persediaan modul seterusnya. Program ini diharap dapat membantu peserta memanfaatkan platform pembelajaran secara efektif serta membina asas kemahiran memasak yang kukuh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.